Program OSH dengan minimal kos
📃
📊
============================
Berikut saya kongsikan contoh-contoh program OSH yang boleh dilaksanakan dengan kos yang minima selain dari kempen tahunan, drill aktiviti, audit, conference, workshop dan latihan OSH yang dibuat.
============================
Berikut saya kongsikan contoh-contoh program OSH yang boleh dilaksanakan dengan kos yang minima selain dari kempen tahunan, drill aktiviti, audit, conference, workshop dan latihan OSH yang dibuat.
☡1. Gemba Walk - kumpulkan beberapa orang OSH team dan libatkan pasukan dari Jabatan yang lain untuk buat observation di kawasan operasi. Sambil observe, sambil temubual dan tanya khabar pekerja. Jika dibuat selalu, pekerja akan lihat bahawa OSH ini penting dan ada orang ambil tahu tentang mereka. Ada orang yang prihatin dengan mereka
😎
◽Program ini modalnya tenaga dan air liur sahaja. Jika tidak pun belikan air mineral utk team yang buat Gemba Walk
☡2. Cipta slogan/logo OSH - buat pertandingan cipta slogan OSH. Buat syarat penyertaan yang mudah dan promosikan besar-besaran. Slogan yang menang akan digunakan sepanjang tahun dalam program-program OSH seterusnya.Sediakan sedikit token untuk pemenang.
◽Boleh letak hadiah hamper atau hadiah wang tunai. Program ini pun tak berapa banyak guna budget.
☡3. Kempen SIHAT - buat engagement dengan mana-mana hospital atau klinik. Zaman ini ada sahaja yang buat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang basic yang PERCUMA. Waktu yang sama buat kempen derma darah. PDN - Pusat Darah Negara memang perlukan sangat-sangat stok darah. Biasanya mereka sediakan makan minum untuk penderma. Ada juga yang sediakan token. Jemput beberapa exhibitors untuk memeriahkan suasana. Buat secara mobile dan jemput pihak pengurusan hadir. Buat 6bulan sekali.
◽Program ini juga boleh jadi Zero kos dan jika ada kosnya minima. Mungkin kena cetak sedikit banner dan bunting.
☡4. Ceramah OSH percuma - 3 bulan sekali cuba atur ceramah keselamatan atau ceramah kesihatan PERCUMA untuk pekerja. Cari penceramah-penceramah yang boleh kupas topik-topik berkenaan isu yang ada di tempat kerja. Sebagai contoh isu ergonomik, carilah pakar yang boleh terangkan hazard tersebut dan cara mengatasinya. Buat 1-2jam talk cukup.
◽Kos minima utk upah penceramah. Ada juga penceramah yg bagi free talk contohnya consultant yang baru lepas buat CHRA dan ergonomic assessment utk syarikat. Minta mereka bentang depan mgmt dan pekerja yang lain.
☡5. OSH D'hati - program advokasi team OSH turun padang melakukan pemeriksaan motosikal pekerja.
😍 Tingggalkan nota di kenderaan pekerja sekiranya ada apa-apa kecacatan pada kenderaan seperti tayar botak, tiada cermin sisi dll. Letakkan nota "Sayangi harta benda anda dan keselamatan diri anda sangat berharga" - Ingatan daripada OSH team
◽Program ini perlukan kerajinan turun padang dan periksa kenderaan. Ini menunjukkan OSH team bukan setakat jaga keselamatan di tempat kerja tetapi mereka tetap mementingkan keselamatan pekerja yang akan pulang ke rumah. Boleh juga dilaksanakan sebelum pekerja pulang bercuti
☡6. Sayang D' sayang - tampal banner yang mempunyai gambar anak-anak pekerja dan letakkan message yang boleh menyentuh hati-hati pekerja. Contohnya; "Ayah, abang, mak, kakak... kepulangan kalian kami nantikan. Berhati-hati dalam perjalanan."
◽Perlukan sedikit kos untuk cetak banner dan bunting. Perlukan usaha untuk kumpulkan gambar2 anak pekerja. Pekerja pun seronok bila lihat gambar anak mereka dipaparkan dipintu masuk utama.
☡7. Soal selidik OSH - Sekarang ini ada ramai mahasiswa & organisasi yang jalankan assessment dan penilaian secara PERCUMA. Buat engagement dengan mereka. Kenalpasti apa isu OSH ditempat kerja dan dapatkan bantuan mereka untuk buat soal selidik secara percuma. Ada yang beri tandahati kepada pekerja yang terlibat dalam soal selidik tersebut.Dapatan hasil kajian bentangkanlah di kalangan pihak pengurusan dan pekerja
◽Aktiviti ini tak perlu kos..hanya perlukan perancangan yang rapi agar perjalanan assessment tidak mengganggu operasi
☡8. Benchmarking OSH- laksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali. Bawa OSH team dan jawatankuasa K&K anda. Mereka akan rasa lebih bersemangat apabila dapat melihat organisasi yang lain. Inilah masanya untuk buat engagement dan melebar luaskan lagi networking anda dengan organisasi yang lain. Kenalpasti best practices OSH yang ada di organisasi lain dan kemudian laksanakan penambahbaikan di tempat anda.
◽Ini juga kosnya minima. Cari lokasi yg dekat dengan syarikat anda bagi mengurangkan kos transport dll.
☡9. Cross functional audit - bawa team OSH dan wakil2 pekerja untuk dilibatkan dalam audit di tempat lain. Sebagai contoh, audit supplier, audit sub con, audit asrama pekerja, audit kantin atau audit anak syarikat yang lain. Secara tidak lansung pekerja2 akan rasa seronok kerana berpeluang didedahkan dengan ilmu audit OSH dan berpeluang melihat organisasi yang lain.
◽Program ini juga tak perlukan kos yang besar.Yang penting program mendapat support daripada pihak pengurusan dan bos masing-masing
☡10. CSR OSH - Di samping perkenalkan OSH di kalangan pekerja, sekali sekala bawalah team dan pasukan sukarelawan pekerja2 termasuk kelab-kelab pekerja yang lain untuk melaksanakan program CSR OSH. Bantu taska buat drill, buat gotong royong atau audit OSH PERCUMA. Ianya akan menaikkan lagi semangat pasukan anda dan pekerja yang terlibat.
◽Ini juga kosnya minima. Cari lokasi yg dekat dengan syarikat anda bagi mengurangkan kos transport dll.
Jika ada yang ingin berkongsi apa-apa lagi program, boleh share disini. Jom kita laksanakannya dan kekangan budget bukanlah penghalang untuk melaksanakan program-program kesedaran OSH di tempat kerja. Ayuh laksanakannya!
As salam,
ReplyDeleteDi KLumpur, kedai buku mana ya jual buku Aku Pengamal OSH....terima kasih