Tuesday, October 3, 2017

OSH Notice Board

OSH Notice Board
==============
Ada yang bertanya dan minta saya huraikan garis panduan untuk maklumat yang perlu dipaparkan di "OSH notice board".
.
Sedikit info dan perkongsian buat newbies OSH beradasarkan pengalaman bekerja sebelum ini. Antara perkara penting yang perlu ada;
Tajuk Utama Papan Kenyataan - ada sesetengah papan kenyataan tiada tajuk utama diatas. Sekadar tampal beberapa keping A4 paper sehingga ada yang tertanya-tanya, "Ini notice board untuk apa ya?"🤔
Polisi OSH/SHE/HSE - gunakan A3 jika boleh agar jelas POLISI yang dipaparkan. Tampal polisi dengan bahasa yang mudah difahami
Statistik kemalangan - kemaskini maklumat prestasi OSH yang terkini. Contohnya, berapa hari /berapa man hrs tanpa kemalangan. Boleh letak carta IR,FR,SR
Maklumat kemalangan terkini - boleh tampal accident alert terkini agar pekerja boleh baca dan tahu apakah isu/kemalangan terkini yang berlaku. Apakah langkah kawalan yang telah diambil dan perlu dilaksanakan.
Carta organisasi Jawatankuasa K&K di tempat kerja. Lagi bagus jika carta tersebut ada gambar pekerja2. Boleh tampal sekali carta ERT-Emergency Response Team untuk makluman semua pekerja.
Laporan aktiviti OSH/SHE/HSE yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Letak banyak gambar agar lebih menarik! Pastikan anda letak no tel, nama dan email untuk setiap pengumuman yang dibuat di notice board.
Keratan akhbar - boleh tampal keratan akhbar terkini berkaitan isu2 OSH yang ada yang mana boleh dikaitkan dengan nature kerja berkaitan OSH yang ada di tempat kerja
Tips keselamatan dan kesihatan - boleh letak apa-apa artikel/poster untuk mempromosikan OSH ditempat kerja. Contohnya penjagaan kebersihan diri, tips pemakanan dll
.
.
📊Sangat-sangat penting agar notice board ini senantiasa di update/dikemaskini dan diberikan "baju" baru setiap bulan untuk menarik minat pekerja untuk membacanya. Bagi task kepada practikal trainee/ intern/ admin staff agar menambahbaik maklumat di papan kenyataan OSH.
.
📊Jika anda ada idea berkenaan, apa-apa maklumat yang perlu dikongsi di OSH notice board, boleh kongsikan disini. Selamat melaksanakannya.

APA KATA MEREKA? MENGAPA SAYA SUKA BIDANG OSH?

APA KATA MEREKA?
MENGAPA SAYA SUKA BIDANG OSH?
===============================
Saya sedang review isi kandungan buku "Aku Pengamal OSH" yang bakal menjadi E-book dalam masa terdekat.InshaAllah
.
Saya sungguh terinspirasi dengan ayat-ayat yang diberikan oleh teman2 OSH sebelum ini.
.
📃Saya suka bidang OSH kerana ianya tugas mulia. Memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya menjaga nyawa atau keselamatan diri dan rakan-rakan
– Siti Aminah Bai Ct Aminah Bai
📃Saya suka bidang OSH kerana ia tugas yang mulia dimana tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja. Selain itu ia juga mendidik saya supaya menjadi manusia yang berjiwa kental, dapat menerima teguran dan mendidik orang sekitar berkenaan keselamatan dan kesihatan
– Hazwan Faiz Harun Hazwan Faiz Harun
📃Saya suka bidang OSH kerana sambil bekerja, kita sambil beramal, sentiasa menasihati untuk perkara yang baik kepada mereka dan mengelakkan mereka membuat sesuatu yang membuta tuli tanpa memikirkan soal keselamatan dan kesihatan pada mereka atau orang sekeliling – Az JB
📃Saya suka bidang OSH kerana cabaran yang terdapat dalam bidang ini lain dari yang lain. Di samping itu saya dapat membantu dan memberi kesedaran kepada syarikat dan pekerja dalam hal keselamatan dan kesihatan – Sheikh Zakuan Al Kelantani
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini sangat luas dan boleh diaplikasikan dimana-mana sahaja seperti di tempat kerja, dirumah, disekolah dan sebagainya. Semakin lama saya berada di dalam bidang ini, semakin jatuh cinta akan kerjaya ini. Ianya menjadikan saya seorang yang dahagakan ilmu dan rajin membaca – Nur Hidayah Abd Wahab Ehsan Hidayah
📃Saya suka bidang OSH kerana ia adalah bidang yang praktikal dan membuka mata saya untuk melihat OSH bukan sahaja untuk pekerjaan tetapi dari segenap aspek kehidupan – Tun Noraihan At-Terawis Tun Noraihan At-Terawis
📃Saya suka bidang OSH kerana di sinilah titik permulaan untuk praktik mana yang betul dan betulkan mana yang tidak betul. Bukan untuk dunia sahaja, akhirat juga. – Abu SyaQib Abu SyaQib
📃Saya suka bidang OSH kerana suatu bidang kerjaya yang mencakupi tugas sebagai polis, jurugambar, penasihat, bomba, guru, kerani dan reporter. Saya suka OSH. – Muhammad Fadil Rusli
📃Saya suka bidang OSH sebab bidang ini membuka mata saya betapa pentingnya menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta impaknya kepada sesebuah syarikat, pekerja itu sendiri serta mereka yang berada disekelilingnya. Sesungguhnya menjadi pengamal OSH adalah pekerjaan yang mulia kerana membantu memastikan tempat kerja dan semua prosedurnya haruslah selamat. Sebagai seorang pelajar perubatan, saya dapat melihat perkaitan yg sangat rapat dan pentingnya bidang ini dalam bidang kesihatan secara menyeluruh dan saya sering bercerita kepada rakan2 dan pensyarah akan skop bidang perubatan yang kurang diberi tumpuan oleh pengamal perubatan. Mereka menunjukkan minat apabila mengetahui bidang kepakaran OSH juga amat penting dalam bidang pekerjaan. Semoga satu hari nanti saya juga dapat menyumbang sebagai doktor dalam bidang OSH inshaAllah- Noraini Raimi Noraini Raimi Sajari
📃Saya suka bidang OSH kerana aplikasinya bukan sahaja di tempat kerja tapi juga boleh diamalkan bersama keluarga tercinta dalam menjalani kehidupan seharian– Ross Othman Ross Othman
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini menguji jiwa dan raga saya.
– Nabila Sofie Nabila Sofie
📃Saya suka bidang OSH kerana ia bidang yang mulia kerana membantu melindungi keselamatan manusia dan persekitaran – Pravin Chhagan Pravin Chhagan
📃Saya suka bidang OSH kerana saya merasakan tugas ini adalah tugas yang mulia dan mencabar dimana kita perlu melakukan pencegahan bahaya dan memastikan semua orang dapat bekerja dengan sihat dan selamat – Ayesya Ahmad Ayesya Ahmad
📃Saya suka bidang OSH kerana ia mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dalam menilai risiko tidak kira apapun situasi sama ada di tempat kerja mahupun kehidupan seharian. Apa yang penting bidang OSH memang saya minati sejak dibangku sekolah lagi – Arif Alai
📃Saya suka bidang OSH kerana ia merupakan satu bidang yang sangat mencabar dimana seseorang pengamal OSH memerlukan ketegasan, kecekalan dan kesabaran yang tinggi dalam memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan /mengelakkan kadar kemalangan di tempat kerja disamping memikirkan kebajikan dan kesihatan pekerja. Walaupun kami tahu ramai yang tidak suka orang ‘safety’tetapi ketahuilah apa yang kami jalankan inspection/enforcement adalah untuk keselamatan kita bersama. Sesungguhnya pada kami setiap satu nyawa adalah sangat berharga. SAFETY FIRST– Nadi Zainol
📃Saya suka bidang OSH kerana saya mampu membantu pekerja dibawah jagaan saya untuk pulang dengan senyuman kepada ahli keluarga mereka dan bukan dengan kecederaan, kecacatan dan pulang di dalam keranda.– Amirul Amin Amirul Amin
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini merupakan satu bidang yang murni. Menjaga dan memelihara keselamatan pekerja yang bekerja di tempat yang terdedah dengan ancaman bahaya.– Faisal Jailani
📃Saya suka bidang OSH kerana OSH merupakan satu kerja yang mulia. Keselamatan dan nyawa pekerja pada usaha kita untuk mengelakkannya! – Mohamad Fitree Mohamad Fitree
📃Saya suka bidang OSH kerana ia merupakan antara bidang yang hebat dan mencabar.– Perantau Mukmin
📃Saya suka bidang OSH kerana ia memberi peluang kerja yang meluas dalam kategori orang yang kompeten.– Faradi Zhafri
📃Saya suka bidang OSH melalui bidang ini, kita dapat menyelamatkan nyawa orang semasa melakukan sebarang aktiviti samada di rumah mahupun ditempat kerja. Melalui bidang ini, kita dapat memupuk sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita – Ahmad Nabil Fikri
📃Saya suka bidang OSH kerana saya berjanji pada diri sendiri untuk memastikan pentadbiran mematuhi undang-undang untuk mengelakkan kemalangan dan kecacatan kepada pekerja serta memelihara kesejahteraan pekerja bagi menjana juga memelihara segala asset yang ada.– Rich Aqilah Ahmad
📃Setiap pekerja mempunyai hak untuk bekerja dalam persekitaran yang baik dan selamat dimana mereka dilindungi dari ancaman risiko kesihatan, kecederaan mahupun kematian. Pengamal OSH berperanan penting berkhidmat untuk semua tak mengira pangkat – Ameer Faris Ameer Faris
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini mencabar diri untuk lebih yakin, komited, displin dan menjadi ketua keselamatan dalam sesebuah syarikat – Ujang Nan
📃Saya suka bidang OSH kerana ia merupakan satu bidang yang belum tentu semua orang boleh buat. Justeru itu jika boleh dikatakan satu cabaran pun boleh, kerjaya pun boleh, mencari rezeki pun boleh dan hanya mereka yang kuat mental sahaja yang mampu bertahan.– K-rul Az-one
.
.
Nukilan anda menyemarakkan lagi semangat pengamal OSH😎

BILA UBAN DI KEPALA

BILA UBAN DI KEPALA
===================
2-3 helai uban dikepala
Tandanya diri makin tua
Lupakanlah kisah zaman muda-muda
Zaman yg kita sering alpa
terlalai dengan nikmat dunia
.
Bila uban dikepala
Isyarat utk kita berwaspada
Periksa amalan kita ditingkat mana
Adakah yg biasa-biasa sahaja?
Adakah yg sedang-sedang sahaja?
Ataupun kita kurang periksa
.
Bila uban dikepala
Tandanya kita tak boleh lagi leka
Entah sempat entah tidak beramal untukNya
Bersediakah mengadapNya
di neraca kiri atau kanan
yg mana satu milik kita?
.
.
Norwani Ahmat
#akupengamalOSH

Program OSH dengan minimal kos

Program OSH dengan minimal kos📃📊
============================
Berikut saya kongsikan contoh-contoh program OSH yang boleh dilaksanakan dengan kos yang minima selain dari kempen tahunan, drill aktiviti, audit, conference, workshop dan latihan OSH yang dibuat.
☡1. Gemba Walk - kumpulkan beberapa orang OSH team dan libatkan pasukan dari Jabatan yang lain untuk buat observation di kawasan operasi. Sambil observe, sambil temubual dan tanya khabar pekerja. Jika dibuat selalu, pekerja akan lihat bahawa OSH ini penting dan ada orang ambil tahu tentang mereka. Ada orang yang prihatin dengan mereka😎
Program ini modalnya tenaga dan air liur sahaja. Jika tidak pun belikan air mineral utk team yang buat Gemba Walk
☡2. Cipta slogan/logo OSH - buat pertandingan cipta slogan OSH. Buat syarat penyertaan yang mudah dan promosikan besar-besaran. Slogan yang menang akan digunakan sepanjang tahun dalam program-program OSH seterusnya.Sediakan sedikit token untuk pemenang.
Boleh letak hadiah hamper atau hadiah wang tunai. Program ini pun tak berapa banyak guna budget.
☡3. Kempen SIHAT - buat engagement dengan mana-mana hospital atau klinik. Zaman ini ada sahaja yang buat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang basic yang PERCUMA. Waktu yang sama buat kempen derma darah. PDN - Pusat Darah Negara memang perlukan sangat-sangat stok darah. Biasanya mereka sediakan makan minum untuk penderma. Ada juga yang sediakan token. Jemput beberapa exhibitors untuk memeriahkan suasana. Buat secara mobile dan jemput pihak pengurusan hadir. Buat 6bulan sekali.
Program ini juga boleh jadi Zero kos dan jika ada kosnya minima. Mungkin kena cetak sedikit banner dan bunting.
☡4. Ceramah OSH percuma - 3 bulan sekali cuba atur ceramah keselamatan atau ceramah kesihatan PERCUMA untuk pekerja. Cari penceramah-penceramah yang boleh kupas topik-topik berkenaan isu yang ada di tempat kerja. Sebagai contoh isu ergonomik, carilah pakar yang boleh terangkan hazard tersebut dan cara mengatasinya. Buat 1-2jam talk cukup.
Kos minima utk upah penceramah. Ada juga penceramah yg bagi free talk contohnya consultant yang baru lepas buat CHRA dan ergonomic assessment utk syarikat. Minta mereka bentang depan mgmt dan pekerja yang lain.
☡5. OSH D'hati - program advokasi team OSH turun padang melakukan pemeriksaan motosikal pekerja.😍 Tingggalkan nota di kenderaan pekerja sekiranya ada apa-apa kecacatan pada kenderaan seperti tayar botak, tiada cermin sisi dll. Letakkan nota "Sayangi harta benda anda dan keselamatan diri anda sangat berharga" - Ingatan daripada OSH team
Program ini perlukan kerajinan turun padang dan periksa kenderaan. Ini menunjukkan OSH team bukan setakat jaga keselamatan di tempat kerja tetapi mereka tetap mementingkan keselamatan pekerja yang akan pulang ke rumah. Boleh juga dilaksanakan sebelum pekerja pulang bercuti
☡6. Sayang D' sayang - tampal banner yang mempunyai gambar anak-anak pekerja dan letakkan message yang boleh menyentuh hati-hati pekerja. Contohnya; "Ayah, abang, mak, kakak... kepulangan kalian kami nantikan. Berhati-hati dalam perjalanan."
Perlukan sedikit kos untuk cetak banner dan bunting. Perlukan usaha untuk kumpulkan gambar2 anak pekerja. Pekerja pun seronok bila lihat gambar anak mereka dipaparkan dipintu masuk utama.
☡7. Soal selidik OSH - Sekarang ini ada ramai mahasiswa & organisasi yang jalankan assessment dan penilaian secara PERCUMA. Buat engagement dengan mereka. Kenalpasti apa isu OSH ditempat kerja dan dapatkan bantuan mereka untuk buat soal selidik secara percuma. Ada yang beri tandahati kepada pekerja yang terlibat dalam soal selidik tersebut.Dapatan hasil kajian bentangkanlah di kalangan pihak pengurusan dan pekerja
Aktiviti ini tak perlu kos..hanya perlukan perancangan yang rapi agar perjalanan assessment tidak mengganggu operasi
☡8. Benchmarking OSH- laksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali. Bawa OSH team dan jawatankuasa K&K anda. Mereka akan rasa lebih bersemangat apabila dapat melihat organisasi yang lain. Inilah masanya untuk buat engagement dan melebar luaskan lagi networking anda dengan organisasi yang lain. Kenalpasti best practices OSH yang ada di organisasi lain dan kemudian laksanakan penambahbaikan di tempat anda.
Ini juga kosnya minima. Cari lokasi yg dekat dengan syarikat anda bagi mengurangkan kos transport dll.
☡9. Cross functional audit - bawa team OSH dan wakil2 pekerja untuk dilibatkan dalam audit di tempat lain. Sebagai contoh, audit supplier, audit sub con, audit asrama pekerja, audit kantin atau audit anak syarikat yang lain. Secara tidak lansung pekerja2 akan rasa seronok kerana berpeluang didedahkan dengan ilmu audit OSH dan berpeluang melihat organisasi yang lain.
Program ini juga tak perlukan kos yang besar.Yang penting program mendapat support daripada pihak pengurusan dan bos masing-masing
☡10. CSR OSH - Di samping perkenalkan OSH di kalangan pekerja, sekali sekala bawalah team dan pasukan sukarelawan pekerja2 termasuk kelab-kelab pekerja yang lain untuk melaksanakan program CSR OSH. Bantu taska buat drill, buat gotong royong atau audit OSH PERCUMA. Ianya akan menaikkan lagi semangat pasukan anda dan pekerja yang terlibat.
Ini juga kosnya minima. Cari lokasi yg dekat dengan syarikat anda bagi mengurangkan kos transport dll.
Jika ada yang ingin berkongsi apa-apa lagi program, boleh share disini. Jom kita laksanakannya dan kekangan budget bukanlah penghalang untuk melaksanakan program-program kesedaran OSH di tempat kerja. Ayuh laksanakannya!