Tuesday, October 3, 2017

APA KATA MEREKA? MENGAPA SAYA SUKA BIDANG OSH?

APA KATA MEREKA?
MENGAPA SAYA SUKA BIDANG OSH?
===============================
Saya sedang review isi kandungan buku "Aku Pengamal OSH" yang bakal menjadi E-book dalam masa terdekat.InshaAllah
.
Saya sungguh terinspirasi dengan ayat-ayat yang diberikan oleh teman2 OSH sebelum ini.
.
📃Saya suka bidang OSH kerana ianya tugas mulia. Memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya menjaga nyawa atau keselamatan diri dan rakan-rakan
– Siti Aminah Bai Ct Aminah Bai
📃Saya suka bidang OSH kerana ia tugas yang mulia dimana tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja. Selain itu ia juga mendidik saya supaya menjadi manusia yang berjiwa kental, dapat menerima teguran dan mendidik orang sekitar berkenaan keselamatan dan kesihatan
– Hazwan Faiz Harun Hazwan Faiz Harun
📃Saya suka bidang OSH kerana sambil bekerja, kita sambil beramal, sentiasa menasihati untuk perkara yang baik kepada mereka dan mengelakkan mereka membuat sesuatu yang membuta tuli tanpa memikirkan soal keselamatan dan kesihatan pada mereka atau orang sekeliling – Az JB
📃Saya suka bidang OSH kerana cabaran yang terdapat dalam bidang ini lain dari yang lain. Di samping itu saya dapat membantu dan memberi kesedaran kepada syarikat dan pekerja dalam hal keselamatan dan kesihatan – Sheikh Zakuan Al Kelantani
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini sangat luas dan boleh diaplikasikan dimana-mana sahaja seperti di tempat kerja, dirumah, disekolah dan sebagainya. Semakin lama saya berada di dalam bidang ini, semakin jatuh cinta akan kerjaya ini. Ianya menjadikan saya seorang yang dahagakan ilmu dan rajin membaca – Nur Hidayah Abd Wahab Ehsan Hidayah
📃Saya suka bidang OSH kerana ia adalah bidang yang praktikal dan membuka mata saya untuk melihat OSH bukan sahaja untuk pekerjaan tetapi dari segenap aspek kehidupan – Tun Noraihan At-Terawis Tun Noraihan At-Terawis
📃Saya suka bidang OSH kerana di sinilah titik permulaan untuk praktik mana yang betul dan betulkan mana yang tidak betul. Bukan untuk dunia sahaja, akhirat juga. – Abu SyaQib Abu SyaQib
📃Saya suka bidang OSH kerana suatu bidang kerjaya yang mencakupi tugas sebagai polis, jurugambar, penasihat, bomba, guru, kerani dan reporter. Saya suka OSH. – Muhammad Fadil Rusli
📃Saya suka bidang OSH sebab bidang ini membuka mata saya betapa pentingnya menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta impaknya kepada sesebuah syarikat, pekerja itu sendiri serta mereka yang berada disekelilingnya. Sesungguhnya menjadi pengamal OSH adalah pekerjaan yang mulia kerana membantu memastikan tempat kerja dan semua prosedurnya haruslah selamat. Sebagai seorang pelajar perubatan, saya dapat melihat perkaitan yg sangat rapat dan pentingnya bidang ini dalam bidang kesihatan secara menyeluruh dan saya sering bercerita kepada rakan2 dan pensyarah akan skop bidang perubatan yang kurang diberi tumpuan oleh pengamal perubatan. Mereka menunjukkan minat apabila mengetahui bidang kepakaran OSH juga amat penting dalam bidang pekerjaan. Semoga satu hari nanti saya juga dapat menyumbang sebagai doktor dalam bidang OSH inshaAllah- Noraini Raimi Noraini Raimi Sajari
📃Saya suka bidang OSH kerana aplikasinya bukan sahaja di tempat kerja tapi juga boleh diamalkan bersama keluarga tercinta dalam menjalani kehidupan seharian– Ross Othman Ross Othman
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini menguji jiwa dan raga saya.
– Nabila Sofie Nabila Sofie
📃Saya suka bidang OSH kerana ia bidang yang mulia kerana membantu melindungi keselamatan manusia dan persekitaran – Pravin Chhagan Pravin Chhagan
📃Saya suka bidang OSH kerana saya merasakan tugas ini adalah tugas yang mulia dan mencabar dimana kita perlu melakukan pencegahan bahaya dan memastikan semua orang dapat bekerja dengan sihat dan selamat – Ayesya Ahmad Ayesya Ahmad
📃Saya suka bidang OSH kerana ia mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dalam menilai risiko tidak kira apapun situasi sama ada di tempat kerja mahupun kehidupan seharian. Apa yang penting bidang OSH memang saya minati sejak dibangku sekolah lagi – Arif Alai
📃Saya suka bidang OSH kerana ia merupakan satu bidang yang sangat mencabar dimana seseorang pengamal OSH memerlukan ketegasan, kecekalan dan kesabaran yang tinggi dalam memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan /mengelakkan kadar kemalangan di tempat kerja disamping memikirkan kebajikan dan kesihatan pekerja. Walaupun kami tahu ramai yang tidak suka orang ‘safety’tetapi ketahuilah apa yang kami jalankan inspection/enforcement adalah untuk keselamatan kita bersama. Sesungguhnya pada kami setiap satu nyawa adalah sangat berharga. SAFETY FIRST– Nadi Zainol
📃Saya suka bidang OSH kerana saya mampu membantu pekerja dibawah jagaan saya untuk pulang dengan senyuman kepada ahli keluarga mereka dan bukan dengan kecederaan, kecacatan dan pulang di dalam keranda.– Amirul Amin Amirul Amin
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini merupakan satu bidang yang murni. Menjaga dan memelihara keselamatan pekerja yang bekerja di tempat yang terdedah dengan ancaman bahaya.– Faisal Jailani
📃Saya suka bidang OSH kerana OSH merupakan satu kerja yang mulia. Keselamatan dan nyawa pekerja pada usaha kita untuk mengelakkannya! – Mohamad Fitree Mohamad Fitree
📃Saya suka bidang OSH kerana ia merupakan antara bidang yang hebat dan mencabar.– Perantau Mukmin
📃Saya suka bidang OSH kerana ia memberi peluang kerja yang meluas dalam kategori orang yang kompeten.– Faradi Zhafri
📃Saya suka bidang OSH melalui bidang ini, kita dapat menyelamatkan nyawa orang semasa melakukan sebarang aktiviti samada di rumah mahupun ditempat kerja. Melalui bidang ini, kita dapat memupuk sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita – Ahmad Nabil Fikri
📃Saya suka bidang OSH kerana saya berjanji pada diri sendiri untuk memastikan pentadbiran mematuhi undang-undang untuk mengelakkan kemalangan dan kecacatan kepada pekerja serta memelihara kesejahteraan pekerja bagi menjana juga memelihara segala asset yang ada.– Rich Aqilah Ahmad
📃Setiap pekerja mempunyai hak untuk bekerja dalam persekitaran yang baik dan selamat dimana mereka dilindungi dari ancaman risiko kesihatan, kecederaan mahupun kematian. Pengamal OSH berperanan penting berkhidmat untuk semua tak mengira pangkat – Ameer Faris Ameer Faris
📃Saya suka bidang OSH kerana bidang ini mencabar diri untuk lebih yakin, komited, displin dan menjadi ketua keselamatan dalam sesebuah syarikat – Ujang Nan
📃Saya suka bidang OSH kerana ia merupakan satu bidang yang belum tentu semua orang boleh buat. Justeru itu jika boleh dikatakan satu cabaran pun boleh, kerjaya pun boleh, mencari rezeki pun boleh dan hanya mereka yang kuat mental sahaja yang mampu bertahan.– K-rul Az-one
.
.
Nukilan anda menyemarakkan lagi semangat pengamal OSH😎

No comments:

Post a Comment